suria

Kekasih Maklumkan Syafiah Cedera Kononnya Jatuh Motosikal

SHAH ALAM: Ibu kepada Syafiah Humairah Sahari yangg mati dibunuh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, bahawa dia dihubungi tertuduh Mohd Fazli Azri Jamil memaklumkan kanak-kanak itu cedera kerana terjatuh dari motosikal.

Siti Norhanim Aziz, 25, menambah, Mohd Fazli Azri seorang yang baik dan menyayangi Syafiah yang manja dipanggil Pia seperti anak sendiri.

Siti Nurhanim juga mengakui, dia dan tertuduh telah bersama sehingga melahirkan seorang anak, Syakimie Iqbal yg dilahirkan dua tahun lalu.

Semasa ayah kandung Syafiah, Sahari Usul dibawa ke mahkamah untuk pengecaman, dia merenung tajam ke arah tertuduh yang asyik menundukkan kepala.

Syafiah Humairah, 3 tahun 4 bulan meninggal dunia pada 25 Februari lalu.

Pihak pendakwaan melalui ucapan pembukaan akan membuktikan mangsa ditendang, disepak dan dipijak dengan menggunakan kasut bola serta kepalanya dihentak pada pintu kereta.

Mohd Fazli, seorang pemandu teksi kini berhadapan hukuman mati kerana didakwa membunuh mangsa di padang bola, Jalan Utama, kawasan rumah merah, Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali.

Artikel Lain