suria

PGM Sandakan Rampas 17 Tan Minyak Sawit Mentah

SANDAKAN: Polis Gerakan Marin (PGM) Sandakan merampas 17 tan minyak sawit mentah yang cuba dijual secara haram dan menahan enam lelaki dalam satu serbuan di pangkalan Hai Soon di Batu Sapi, di sini semalam.

Pemangku Pegawai Pemerintah PGM Sandakan Asisten Komisioner (ASP) Awang Mat Yassin Awang Ahmad berkata minyak sawit mentah dianggar bernilai RM515,500 itu dirampas dari sebuah kapal dan lori tangki.

Ketika serbuan dilakukan kira-kira pukul 12.50 pagi, enam lelaki yang ditahan itu berusia 20 dan 40 tahun sedang mengepam minyak sawit mentah itu dari kapal ke lori tangki, katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Awang Mat Yassin berkata apabila diperiksa, mereka gagal mengemukakan dokumen pengesahan berkaitan kerja pemunggahan minyak sawit mentah itu.

Kes disiasat mengikut Peraturan 5(1)(b) Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia yang boleh membawa hukuman denda tidak kurang RM300,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali. - BERNAMA

Artikel Lain