suria

Perogol Jadikan Mangsa Sebagai Hamba Seks

Suspek (berbaju oren) menunjukkan ACP Abdul Jalil (tengah) teksi yang digunakan untuk menjemput mangsa dan membawa mereka ke rumahnya di Taman Muda, Ampang, sebelum merogol mereka.
Suspek (berbaju oren) menunjukkan ACP Abdul Jalil (tengah) teksi yang digunakan untuk menjemput mangsa dan membawa mereka ke rumahnya di Taman Muda, Ampang, sebelum merogol mereka.
Suspek (berbaju oren) menunjukkan ACP Abdul Jalil (tengah) teksi yang digunakan untuk menjemput mangsa dan membawa mereka ke rumahnya di Taman Muda, Ampang, sebelum merogol mereka.

KUALA LUMPUR: Enam pelajar sekolah menengah menjadi hamba seks seorang pemandu teksi selama kira-kira setahun selepas dia merogol, merakamkan aksi rogol dan mengancam menyebarkan video kepada orang ramai sekiranya mangsa memberitahu sesiapa.

Mangsa-mangsa yang berusia antara 15 hingga 17 tahun merupakan penumpang kepada pemandu teksi berusia 54 tahun itu yang membawa mereka ke rumahnya sebelum merogol mereka, dan bukannya ke destinasi masing-masing.

Dia akan memanggil pelajar berkenaan apabila menuntut hubungan seks dengan menjadikan rakaman itu untuk mengugut mereka.

Tiga pelajar yang tidak dapat menahan azab itu telah melaporkan kepada polis.

Dua pelajar yang datang dari sekolah sama di Pandan Indah, Ampang membuat laporan polis pada 20 Mei manakala mangsa ketiga berbuat demikian pada 29 Mei lalu.

Polis masih mengesan tiga mangsa lain.

Mangsa pertama mendedahkan nasib malangnya kepada seorang rakan yang menanya kenapa dia menaiki teksi sama setiap kali.

Polis kemudian memasang jerat di perhentian teksi di Jalan Imbi selama tiga hari dan menangkap suspek kira-kira 9.30 malam Isnin.

Berdasarkan rakaman video pada telefon bimbit suspek, polis percaya terdapat enam mangsa.

Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner (ACP) Abdul Jalil Hassan berkata, mereka percaya terdapat seorang rakan sejenayah yang membuat rakaman tersebut.

Katanya, rakaman video itu menunjukkan mangsa-mangsa menjerit, menangis dan merayu kepada pemandu teksi itu untuk membebaskan mereka.

"Telefon bimbit suspek ialah bukti yang paling penting," katanya, sambil menambah insiden pertama berlaku pada Ogos lalu.

Abdul Jalil menggesa tiga mangsa lain untuk tampil membantu siasatan.

Tambah beliau, suspek akan menunggu di luar perkarangan sekolah untuk menaiki teksinya.

Katanya, suspek akan berpura-pura mempunyai hal kecemasan di rumahnya.

Apabila berada di rumahnya di Taman Muda, Ampang, lelaki tersebut akan memaksa mangsa memasuki rumahnya dan merogol mereka.

Suspek itu merupakan pemandu teksi selama 17 tahun, tinggal berseorangan dan tidak mempunyai rekod jenayah.

Dia ditahan reman selama tujuh hari sehingga Isnin di balai polis daerah Ampang Jaya. Teksi itu turut dibawa ke balai polis itu.

Artikel Lain