suria

JTI Malaysia Puji Langkah Kerajaan Haram Kotak Rokok 14 Batang

KUALA LUMPUR: Syarikat pengeluar produk tembakau, JT International Berhad (JTI Malaysia), hari ini memuji keputusan Kabinet mengharamkan penjualan kotak rokok 14 batang berkuat kuasa serta-merta.

Dalam kenyataan pada Jumaat, JTI berkata keputusan itu telah menyediakan kejelasan dalam model perniagaan dan mereka mendapat galakan terhadap pendirian kerajaan yang konstruktif dengan mengambil kira pandangan pelbagai pihak.

Sebuah laporan akhbar hari ini menyatakan Kabinet membuat keputusan itu berkuat kuasa 1 Jun lalu pada mesyuarat mingguannya Rabu lalu.

Keputusan itu diambil lapan hari selepas Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai mengumumkan bahawa pengharaman itu ditangguh sementara menunggu kajian oleh kementeriannya.

"JTI Malaysia akan menunggu pemberitahuan rasmi oleh Kementerian Kesihatan muinggu depan sebelum mematuhinya dengan serta merta," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain