Nahas Pesawat Libya: Satu Dalam 1.4 Juta Penerbangan - Semasa | mStar

Nahas Pesawat Libya: Satu Dalam 1.4 Juta Penerbangan

PESAWAT milik Libya, Afriqiyah Airways yang terhempas di negara itu semalam mungkin hanya satu kemalangan dalam setiap 1.4 juta penerbangan.

Kadar itu bersamaan 0.71 berdasarkan pengiraan dalam kupasan kerugian bagi pesawat binaan Barat.

Demikian menurut kadar kemalangan global berdasarkan prestasi keselamatan yang dikeluarkan oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) pada tahun lepas.

Ringkasan kemalangan setakat Mac lalu bagi pesawat IATA dan bukan IATA mendapati sebanyak 18 kemalangan maut dan 685 kematian pada 2009.

Afriqiyah Airways merupakan antara lebih 208 syarikat penerbangan di 125 negara yang menyertai IATA.

Menurut Ketua Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif IATA, Giovanni Bisignani, keselamatan merupakan keutamaan dalam industri penerbangan.

“Berdasarkan statistik hari ini (2009) telah memutuskan bahawa perjalanan udara adalah antara cara paling selamat seseorang itu boleh lakukan,” katanya.

Kadar kemalangan global 0.71 pada tahun lepas itu sekaligus menunjukkan kadar kemalangan tahunan kedua terendah dalam sejarah penerbangan, tinggi sedikit berbanding kadar 0.65 pada 2006.

Nahas pesawat Libya yang berlaku di lapangan terbang Tripoli, Libya mengorbankan sekurang-kurangnya 96 orang, namun seorang kanak-kanak Belanda terselamat.

Pesawat yang membawa 104 penumpang terdiri daripada 93 penumpang dan 11 anak kapal dari Johannasburg itu meletup dan hancur sepenuhnya dalam kejadian.

Selain Afriqiyah Airways, antara nahas penerbangan lain adalah pesawat Air France yang mengorbankan semua 228 penumpang.

Pesawat 447 itu hilang dalam radar ketika dalam perjalanan dari Rio de Janeiro ke Paris pada tahun lepas.

Walaupun kemalangan maut membabitkan pengangkutan udara menurun kepada 18 pada 2009 dari 23 pada 2008, namun jumlah kematian meningkat kepada 685 (2009) berbanding 502 (2008).

Dianggarkan seramai 2.3 bilion orang diterbangkan dengan selamat pada tahun lepas.

“Walaupun seramai 2.3 bilion orang yang ‘selamat’, namun setiap kematian merupakan tragedi manusia yang mengingatkan kita mencapai matlamat kemalangan sifar dan kematian sifar,” tambah Bisignani.

Perangkaan bagi 2010 masih terlalu awal untuk diputuskan, namun sudah dicatatkan jumlah kematian sekurang-kurangnya 96 penumpang akibat nahas yang berlaku di Libya semalam.

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain