suria

Mayat Pelatih Kolej Tentera Udara Ditemui

JITRA: Mayat seorang pelatih Kolej Tentera Udara (KTU) dipercayai akibat lemas semasa menjalani latihan fizikal di sebatang sungai di kawasan Asun, sebuah kawasan perkampungan Melayu dekat sini tengah hari tadi, telah ditemui.

Jurucakap ibu pejabat Polis Daerah Jitra mengesahkan mayat pelatih itu ditemui petang ini.

Beliau yang enggan memberi maklumat lanjut mengenai kejadian itu berkata mayat itu telah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk bedah siasat.

Jurucakap Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Kuala Lumpur yang mengesahkan kematian pelatih itu bagaimanapun masih menunggu maklumat lanjut mengenai kejadian itu. - BERNAMA

Artikel Lain