suria

Pemuda Umno Hulu Selangor Minta SPRM Siasat Dakwaan Salah Laku Pemimpin Pembangkang

PUTRAJAYA: Pemuda Umno Hulu Selangor hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat dakwaan salah laku beberapa pemimpin pakatan pembangkang semasa pilihan raya kecil kawasan Parlimen itu baru-baru ini.

Laporan itu dibuat Pengerusi Unit Media Baru Pemuda Umno Hulu Selangor, Mohd Jefrin Mat Tu di pejabat SPRM di sini.

Bercakap kepada pemberita, Mohd Jefrin berkata, beliau membuat laporan itu selepas menerima sepucuk surat yang dihantar ke rumahnya Jumaat lepas yang mengandungi laporan termasuk gambar mengenai salah laku pemimpin pakatan pembangkang.

"Saya tidak pasti siapa yang hantar tetapi dalam laporan dua muka surat itu yang saya percaya pengundi di Hulu Selangor, telah senaraikan kira-kira 20 salah laku pemimpin terbabit.

"Saya percaya individu yang hantar laporan ini mahu saya masukkan dalam blog tetapi saya meminta SPRM supaya menyiasat kandungan laporan ini," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain