Dua Remaja Lelaki Maut Motosikal Terbabas - Semasa | mStar

Dua Remaja Lelaki Maut Motosikal Terbabas

KUANTAN: Dua remaja lelaki maut setelah motosikal yang ditunggangi masing-masing terbabas dalam kemalangan berasingan di sini pagi ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supt Zulkifli Taha berkata kemalangan pertama membabitkan seorang pelajar Tingkatan 3 di Km13, Jalan Kuantan-Gambang dekat sini pada kira-kira 4.55 pagi.

Katanya, Mohd Fifie Hafizie Junaidi, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan, Taman Tas di sini meninggal dunia di tempat kejadian setelah motosikal yang ditungganginya terbabas lalu melanggar pembahagi jalan dan tiang lampu.

Rakan pelajar itu yang merupakan pembonceng hanya cedera ringan dalam kemalangan itu, katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Katanya, seorang remaja lelaki berusia 18 tahun turut maut apabila motosikal yang ditungganginya terbabas di Km21.5, jalan pintasan Sungai Ular-Jabor, dekat sini pada pukul 9.30 pagi.

Zulkifli berkata Mohd Zaifuan Zakaria meninggal dunia di tempat kejadian manakala rakannya hanya mengalami luka.

Katanya, mayat kedua-dua remaja itu dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk bedah siasat.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain