suria

Sindiket Pecah Rumah Labuan Tumpas

LABUAN: Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pecah rumah yang menggelarkan diri mereka kumpulan Ah Kong dengan tertangkapnya enam orang termasuk dalang kumpulan itu baru-baru ini.

Ketua Polis Labuan, Penguasa Saiman Kasran berkata, tangkapan itu dibuat sejak Januari lepas hingga kelmarin dan ini membolehkan polis menyelesaikan 16 kes pecah rumah yang dilaporkan di pulau itu sejak awal tahun ini.

Beliau berkata, dalam serbuan ke atas rumah dalang kumpulan itu yang berumur 34 tahun di Kampung Saguking, wang tunai RM2,000 serta harta benda termasuk barang kemas yang dicuri bernilai RM20,000 dirampas.

Saiman berkata, modus operandi kumpulan itu ialah dengan memecah masuk pada waktu malam ketika penghuni rumah yang kebanyakan mereka adalah pekerja pelantar minyak membuat kerja lebih masa.

Katanya, antara kawasan yang menjadi tumpuan kumpulan itu adalah Taman Mutiara, Kampung Sungai Bedaun, Kerupang, Jalan Penghulu Tuah, Jalan Tenaga dan Kampung Layangan.

Saiman berkata, kesemua anggota kumpulan itu yang berumur antara 17 dan 34 tahun ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 476 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

Artikel Lain