suria

Pakatan Pembangkang letak Calon DAP Pada Pilihan Raya Kecil Sibu

KUALA LUMPUR: Pakatan pembangkang akan meletakkan calon dari DAP bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu, kata ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, pemilihan calon dari DAP itu merupakan keputusan sebulat suara pakatan pembangkang iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS.

"Kepimpinan tertinggi parti dan saya akan berada di Sibu, Sarawak pada 18 April ini untuk berbincang tentang persiapan pilihan raya kecil bersama-sama pemimpin parti di sana," katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Kerusi Parlimen itu kosong selepas penyandangnya, Datuk Robert Lau Hoi Chew yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan meninggal dunia pada Jumaat lepas akibat barah hati.

Lau dari Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) telah mewakili kerusi Parlimen itu sejak 1990. - BERNAMA

Artikel Lain