suria

Wabak Denggi Di Labuan Terkawal

LABUAN: Empat kes demam denggi dilaporkan di Labuan dengan tiada kematian setakat ini bagi tahun ini, kata Pengarah Kesihatan Labuan, Dr Zaini Hussin.

Katanya, empat mangsa itu mengalami demam, sakit kepala yang berterusan dan juga panas badan telah dibawa ke hospital dan disahkan mengidap demam denggi.

Bagaimanapun keadaan mereka dilaporkan stabil dan dijangka sembuh sepenuh sedikit masa lagi.

Menurutnya, keadaan di Labuan adalah terkawal dan menasihati masyarakat supaya bergotong-royong menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes.

"Kurang kesedaran tentang menjaga kebersihan adalah antara faktor utama yang menyebabkan merebaknya wabak ini," katanya kepada Bernama hari ini.

Artikel Lain