suria

Gejala Merawat Sendiri Penyakit Melalui Panduan Internet

KUALA LUMPUR: Kini wujud trend yang membimbangkan di mana orang ramai merawat sendiri penyakit mereka hanya melalui panduan yang terdapat di Internet, menurut Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).

Editor buletin MMA, Dr Kuljit Singh berkata gejala ini yang ditambah pula dengan perkembangan bidang sains perubatan menjadikan pesakit menjadi konsultan dan merawat sendiri penyakit mereka melalui maklumat yang diperolehi melalui Internet dan menerusi kemudahan makmal dan farmsi persendirian.

Trend yang mengerikan ini secara tidak langsung menjadikan perubatan klinikal semakin kurang penting kepada orang ramai, katanya di dalam ruangan editor buletin berkenaan.

"Contoh kepada gejala ini ialah semakin bertambah jumlah diabetik di negara ini di mana orang ramai perlu dipersalahkan kerana mereka fikir mereka tahu bagaimana untuk menguruskan diri mereka," katanya.

Dr Kuljit mendakwa kini undang-undang yang mengawal pentadbiran makmal dan farmasi di negara ini sangat lemah.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain