suria

Polis Tahan 40 Pati Di Ladang Kelapa Sawit

KUCHING: Polis hari ini berjaya menahan 40 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang bekerja di sebuah ladang kelapa sawit di Mongkos, Serian, dekat sini.

Dalam serbuan 4.30 pagi, kesemua PATI, 11 daripadanya wanita, yang masih tidur dalam rumah kongsi di ladang kelapa sawit berdekatan sempadan, ditahan polis dari Ibu Pejabat Daerah Serian.

Pemeriksaan mendapati kesemua PATI tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

Polis turut menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 40an, dipercayai majikan kepada pekerja tersebut.

Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Superintenden (DSP) Mohd Jamali Umi mengesahkan tangkapan tersebut. - BERNAMA

Artikel Lain