KPN Minta IPD Tubuh Pasukan Khas Jika Ada Kes Buang Bayi - Semasa | mStar

KPN Minta IPD Tubuh Pasukan Khas Jika Ada Kes Buang Bayi

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini meminta ibu pejabat polis daerah (IPD) menubuhkan pasukan khas jika berlakunya kejadian pembuangan bayi bagi mengesan segera individu yang terlibat.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sememangnya komited dan serius dalam menangani kes pembuangan bayi yang kini semakin berleluasa, katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) di Bukit Aman di sini, semalam.

Berikutan itu, beliau memuji langkah IPD Petaling Jaya yang menubuhkan pasukan petugas hari ini bagi mengesan individu yang bertanggungjawab membuang bayi lelaki di tepi jalan berhampiran sebuah kilang simen di Kampung Melayu Subang di sini, semalam.

Musa turut menyelar perbuatan pihak yang sanggup membuang bayi yang baru dilahirkan dan menyifatkannya sebagai perbuatan yang tidak berperikemanusiaan.

"Perbuatan ini sama macam pada zaman jahiliah ... sebab pada zaman itu mereka bunuh anak dan kes pembuangan bayi sekarang ini sama macam zaman jahiliah," katanya.

Musa juga menyokong kempen "Kami Prihatin" anjuran akhbar Utusan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Karyawan dan Astro.

"Cara ini bagus untuk mendidik dan menasihatkan orang ramai supaya jangan melakukan perkara yang tidak berperikemanusiaan ini. Kanak-kanak ini tidak berdosa, yang berdosa adalah ibu bapanya.

"Jika suspek dapat ditangkap kita akan kenakan hukuman yang berat terhadapnya. Mereka ini boleh didakwa atas hukuman membunuh," tegasnya.

Individu yang membuang bayi dan menyembunyikan kelahiran boleh dihukum mengikut Seksyen 317 dan 318 Kanun Keseksaan manakala membunuh bayi boleh dihukum mengikut Seksyen 309B Kanun Keseksaan.

Dalam membendung kes pembuangan bayi, Musa menasihatkan orang ramai supaya jangan mencaci dan mengeji wanita yang terlanjur dan mengandungkan anak luar nikah. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain