suria

Pendaratan Cemas Pesawat Nuri Kerana Masalah Teknikal

KUALA LUMPUR: Sebuah helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan pendaratan cemas di padang sebuah sekolah di Tampin, Negeri Sembilan, pagi tadi, disebabkan masalah teknikal.

Helikopter SK 61A Nuri dari No. 10 Skuadron yang berpangkalan di Pangkalan Udara Kuala Lumpur telah melakukan pendaratan cemas di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Sebang kira-kira pukul 8.40 pagi tadi.

"Kejadian ini tidak melibatkan kecederaan anak kapal mahupun kerosakan terhadap pesawat tersebut," kata Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan.

Helikopter itu dalam perjalanan dari Pangkalan Udara Kuala Lumpur ke Kem Terendak, Melaka, bagi tujuan latihan udara di Pusat Latihan Darat(PULADA) di situ. Pesawat itu sedang dalam proses pembaikan dan tiada sebarang kerosakan teknikal yang serius.

Pihak media dan masyarakat tempatan diminta tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan pendaratan itu kerana kejadian tersebut adalah perkara biasa dan di dalam kawalan TUDM, kata kenyataan itu. - BERNAMA

Artikel Lain