suria

Ka Ting Dijangka Umum Pendirian

KUALA LUMPUR: Bekas presiden MCA Tan Sri Ong Ka Ting dijangka mengumumkan pendiriannya berhubung rayuan agar beliau bertanding jawatan presiden pada pemilihan baru parti itu 28 Mac ini.

"Beliau akan mengeluarkan kenyataan petang ini," kata seorang pembantunya kepada Bernama, tanpa enggan mengulas lanjut.

Telah timbul spekulasi kuat bahawa beliau akan bertanding jawatan tersebut.

Sekiranya Ka Ting bertanding, ini bermakna beliau akan kembali aktif dalam politik yang ditinggalkannya sejak mengambil keputusan mengundur diri, berikutan prestasi buruk parti itu dalam pilihan raya umum lepas.

Setakat ini hanya Datuk Seri Ong Tee Keat yang mengumumkan akan bertanding jawatan presiden, bagi mempertahankannya. - BERNAMA

Artikel Lain