Ketua Pemuda Umno Cawangan Saman Sinar Harian RM5j

SHAH ALAM: Ketua Pemuda Umno Cawangan Parit 4, Sekinchan, Mohd Yazid Bai hari ini memfailkan saman fitnah ke atas akhbar Sinar Harian, menuntut RM5 juta ganti rugi kerana menyiarkan satu artikel yang menggambarkannya hidup dalam keadaan daif.

Mohd Yazid, 40, selaku plaintif menamakan penerbit akhbar Sinar Harian, Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd. (Karangkraf) dan tujuh yang lain daripada akhbar tersebut sebagai defendan.

Defendan lain ialah syarikat pencetak, Akhbar Cabaran Sdn. Bhd.; Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Hussamuddin Yaacub; Ketua Pengarang Kumpulan, Abd. Jalil Ali; Editor Kumpulan, Sri Diah; Editor Berita, Azmi Tarmizi; Editor Biro Selangor dan Kuala Lumpur, Lailatun Khalilah Nasir; dan wartawan, Nurul Huda Saiyuti. Writ saman difailkan melalui peguam, Muhd Azmi Talib dari firma guaman Tetuan Azmi Talib & Associates di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini.

Mohd Yazid dalam pernyataan tuntutannya mendakwa artikel 20 Nov 2009 di akhbar itu bertajuk "UMNO Prihatin Nasib Rakyat Daif" menceritakan tentang aktiviti gotong-royong Pemuda Umno Bahagian Tanjong Karang di rumah plaintif yang dikatakan hidup dalam keadaan daif.

Dalam artikel sama, turut dimasukkan satu kenyataan plaintif bahawa dia bersyukur dengan sumbangan berbentuk pembinaan atap rumah, sedangkan beliau mendakwa tidak pernah ditemuramah wartawan berkenaan.

Mohd Yazid mendakwa artikel sama juga secara lalai, sengaja atau berniat jahat memberikan kefahaman salah kepada orang ramai iaitu gambaran bahawa beliau selaku ketua pemuda Umno cawangan sanggup mengaku seorang yang daif hanya untuk mendapatkan bantuan dari Umno demi kepentingan peribadi.

Disebabkan itu, plaintif mendakwa beliau dan keluarga kini mengalami tekanan emosi selain kerugian wang ringgit dan kehilangan reputasi.

Selain ganti rugi am RM5 juta, Mohd Yazid juga menuntut bayaran kos peguam sebanyak RM20,000 serta kos dan relif-relif lain yang difikirkan sesuai. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Artikel Lain