suria

Pegawai Kastam Negara Jiran Ditahan Cuba Seludup Arak

RANTAU PANJANG: Cubaan seorang pegawai kastam dari negara jiran untuk menyeludup keluar arak gagal apabila dia berjaya ditahan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) di sini malam tadi.

Minuman keras itu sebanyak 312 botol yang dimuatkan di dalam sebuah kereta dianggarkan bernilai kira-kira RM7,800.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 9, Supritendan Kamaruddin Yusoff berkata, pegawai berkenaan yang berumur lingkungan 30-an ditahan kira-kira pukul 7.20 malam di sekatan pintas di Kampung Senggora di sini.

"Sepasukan anggota PGA telah membuat intipan di kawasan pangkalan haram Klinik Rantau Panjang sebelum mengekori lelaki berkenaan yang menggunakan kereta jenis Proton Wira untuk membawa arak," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kamaruddin berkata, lelaki berkenaan juga telah mengubahsuai kereta itu sehingga mampu memuatkan botol-botol arak berkenaan.

Warg asing itu kini ditahan untuk disiasat lanjut.

Kamaruddin juga berkata, penyeludup kini dilihat menukar taktik dari menggunakan kenderaan negara jiran kepada kenderaan tempatan untuk menyeludup diesel atau petrol.

"Penyeludup akan mengisi minyak ke dalam kenderaan tempatan sebelum menyedut keluar untuk dikumpulkan dalam tong dram. Selepas itu penyeludup akan menyedut semula minyak berkenaan untuk diisi ke dalam bekas lebih kecil sebelum diseludup ke negara jiran," katanya. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain