KADA Akan Laksana Projek Berkelompok Untuk Golongan Miskin Jun Ini - Semasa | mStar

KADA Akan Laksana Projek Berkelompok Untuk Golongan Miskin Jun Ini

KOTA BHARU: Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) akan melaksanakan projek berkelompok di empat daerah iaitu Bachok, Ketereh, Pasir Mas dan Tumpat mulai Jun ini bagi membantu golongan miskin tegar.

Pengerusi Kada Tan Sri Annuar Musa berkata disasarkan 400 orang akan mendapat manfaat daripada projek itu.

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memperuntukkan sebanyak RM4 juta bagi membiayai projek itu dan mengarahkan Kada mengendalikan projek berkenaan di empat kawasan iaitu Bachok, Ketereh, Pasir Mas dan Tumpat, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengarah Kada di sini, pada Sabtu.

Tawaran untuk menyertai projek itu dibuat sehingga akhir bulan ini dengan syarat peserta mestilah ahli E-Kasih di bawah Jabatan Perdana Menteri, katanya.

Katanya beliau sendiri akan memantau kemajuan projek itu kelak dengan melaporkannya kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar setiap dua minggu.

"Saya sendiri akan membuat laporan kepada kementerian setiap dua minggu sekali bagi menentukan perjalanan projek lancar mengikut yang dirancang," katanya.

Selain itu, katanya bagi membantu golongan belia, mereka akan ditawarkan untuk menjalankan aktiviti menanam sayur-sayuran di kawasan tanah tinggi mulai tahun depan.

Katanya berkata kira-kira 30 individu berumur bawah 40 tahun akan ditawarkan bagi program itu dan mereka yang terpilih juga akan diberi latihan selama enam bulan dengan bayaran elaun RM1,000 sebulan.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keahlian Terus Agenda Utama BN

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain