suria

Polis Marin Tahan Bot Laju Cuba Seludup Rokok

JOHOR BARU: Polis Gerakan Marin Wilayah Dua telah menahan sebuah bot laju, yang dinaiki tiga warga asing, dan merampas 325 karton rokok kretek dan rokok putih bernilai RM36,713, petang semalam.

Timbalan Komander markasnya Supritendan N. Kalai Chelvan berkata, dalam kejadian pukul 3.30 petang di kedudukan 2.38 batu nautika dari Beacon Tanjung Piai, Pontian, sebuah bot fiber dan satu enjin sangkut Yamaha 200K dengan anggaran nilai keseluruhan RM76,985 termasuk cukai serta duti turut dirampas.

"Apabila cuba dihampiri, bot terbabit telah memecut laju cuba melarikan diri. Namun setelah mengejar selama 20 minit, bot berjaya dipintas bot Polis Marin yang dinaiki empat anggota," katanya di dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(e)Akta Kastam 1967 kerana mengangkut atau membawa barangan dilarang, manakala warga asing berkenaan disiasat mengikut Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Zulkifli Cabar PKR Supaya Dipecat?

Artikel Berikut

Artikel Lain