suria

Semua Parti Komponen BN Terlibat Dalam Program Juara Rakyat Kedah

ALOR SETAR: Program Juara Rakyat yang dirancang Umno Kedah di setiap kawasan Parlimen bermula Mac hingga akhir tahun ini akan membabitkan semua parti komponen Barisan Nasional (BN).

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanifah berkata, cara itu diyakini akan memberi kesan lebih bermakna kepada rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

"Umno tidak akan pinggirkan anggota komponennya dalam program tersebut kerana setiap parti mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk dimainkan," katanya kepada pemberita semasa ditemui pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina MCA Kedah di sini, hari ini.

Program Juara Rakyat peringkat Kedah dilancarkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Jerlun pada 6 Februari lepas.

Timbalan Pengerusi MCA Kedah, Datuk Chong Itt Chew pula berkata MCA Kedah berpendapat menghormati budaya masyarakat berbeza agama menjadi ramuan kekuatan rakyat Malaysia. - BERNAMA

Artikel Lain