suria

Polis Rampas 500 Gram Heroin Dari Penumpang Feri Di Langkawi

LANGKAWI: Polis merampas 500 gram heroin dari seorang penumpang feri berumur 40 tahun di Jeti Kuah di sini malam tadi. Ketika itu lelaki berkenaan baru sahaja turun dari sebuah feri kira-kira 9.45 malam, apabila dia ditahan oleh polis yang sedia menunggu di situ.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Supt Ishak Hassan berkata penahanan suspek oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dari Ibupejabat Daerah Langkawi, dibuat setelah menerima maklumat orang ramai.

"Selepas membuat pemeriksaan terhadap lelaki ini, polis menjumpai 500 gram dadah yang dipercayai heroin yang disimpan di dalam sebuah beg yang dibawanya," katanya kepada Bernama.

Suspek kini ditahan bagi membantu siasatan di bawah Sekyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain