suria

TP 1Malaysia Ambil Masa Selesai Masalah - Nong Chik

KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin hari ini berkata pembentukan Tabung Penyenggaraan (TP) 1Malaysia tidak akan dapat menyelesaikan semua masalah yang dihadapi rakyat di Wilayah Persekutuan.

Penyelesaian masalah itu juga katanya akan mengambil masa.

"Justeru pihak pembangkang tidak sepatutnya hanya pandai mengkritik dan mencadangkan kepada kerajaan itu dan ini, seperti peruntukan RM1 bilion untuk TP 1Malaysia.

"Janganlah hanya mengkritik tanpa sebarang cadangan yang boleh diterima akal," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Beliau mengulas tindakan beberapa anggota Parlimen DAP yang antara lain mengatakan bantuan wajar diberi kepada semua dan bukan untuk kawasan-kawasan tertentu sahaja selain mempertikaikan jumlah peruntukan yang kecil iaitu hanya RM37.6 juta.

Raja Nong Chik berkata tindakan kerajaan itu adalah untuk membantu mengurangkan masalah miskin bandar agar tidak bertambah meruncing.

"Memang pembangkang tidak pernah senang dengan keikhlasan kerajaan dalam membantu rakyat. khususnya golongan miskin bandar di sekitar Wilayah Persekutuan," katanya yang menyifatkan tindakan itu bermotifkan politik semata-mata. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain