suria

Jenayah Juvana Meningkat Di Kelantan

PASIR MAS: Statistik jenayah di Kelantan menunjukkan kes membabitkan remaja di bawah umur di negeri itu semakin meningkat, kata Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi hari ini.

"Jika kita lihat statistik bagi tempoh lima tahun sejak 2005, daripada 10,530 tangkapan yang dibuat, 2,743 orang merupakan remaja bawah umur 18 tahun," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, bagi tempoh yang sama juga seramai 1,952 remaja bawah umur ditangkap kerana terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Justeru katanya, kerjasama semua pihak amat diperlukan bagi menangani masalah jenayah juvana itu.

"Bagi pihak polis, institusi sekolah amat penting sebagai pendedahan atau pendidikan awal untuk membantu mengurangkan atau mencapai jenayah sifar terutamanya pada kalangan remaja," katanya selepas merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Penghayatan Disiplin 2010 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan di sini. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain