suria

Polis Tahan Lelaki Disyaki Menyamar Kerabat Diraja Kedah

ALOR SETAR: Polis menahan seorang lelaki berumur sekitar 30-an yang disyaki pernah menyamar sebagai anggota kerabat diraja Kedah dan menipu beberapa individu di sekitar bandar raya, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Star ACP Abdul Ghafar Rajab berkata polis mulai berusaha menjejaki lelaki itu selepas menerima beberapa aduan mengenai kes penipuan membabitkan puluhan ribu ringgit sejak April tahun lepas.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini beliau berkata suspek ditahan di rumahnya di sekitar bandaraya semalam dan sedang disiasat bagi kesalahan menipu dan menyamar sebagai anggota kerabat diraja.

Sementara itu seorang lelaki yang mendakwa menjadi mangsa penipuan lelaki itu, Teoh Boon Seng, 38, berkata beliau berjumpa dengan lelaki berkenaan pada April tahun lepas dan memberikan RM15,000 kepada suspek bagi mendapatkan lesen kewangan untuk suatu projek, namun apa yang diharapkannya tidak diperolehi.

"Saya juga beri empat telefon bimbit yang baru dan sebuah kereta selain memasukkan RM24,000 untuk duit tapak projek seperti yang dijanjikan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini. - BERNAMA

Artikel Lain