suria

Usahawan Bumiputera Perlu Rebut Peluang Yang Ada

LABUAN: Para usahawan Bumiputera perlu merebut peluang kemudahan kewangan yang disediakan oleh pelbagai agensi kerajaan dan insitusi kewangan, khususnya yang berkait rapat dengan kerajaan, dan bukan hanya menunggu peluang muncul di hadapan mata.

Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Labuan (DPMML), Haji Yussoff Mohammad berkata, rekod dan statistik yang ada menunjukkan peratusan usahawan Bumiputera yang memohon dan berjaya memperolehi kemudahan kewangan adalah masih dibawah garis yang tidak memberangsangkan.

Beliau yang juga ahli Majlis Eksekutif DPMM berkata, usahawan Bumputera wajar wajar melipatgandakan usaha memastikan insentif daripada kerajaan itu dimanfaatkan.

"Bajet berbilion ringgit yang diperuntukkan untuk mewujudkan usahawan berdaya saing akan menjadi sia-sia sekiranya usahawan itu sendiri masih mengamalkan sikap tunggu dan lihat.

"Sindrom ini harus dibuang dari dalam diri usahawan sekiranya mahu berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan usahawan lain," katanya ketika merasmikan Seminar Kearah Usahawan Wanita Global anjuran Dewanita Dewan Pernigaan Melayu Malaysia Labuan hari ini.

Seramai 120 usahawan industri kecil dan sederhana (IKS), pelancongan, perkhidmatan menyertai seminar sehari yang menampilkan penceramah-penceramah dari Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (MIDA) dan SME Bank. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Zaid Pertikai Keputusan PKR

Artikel Berikut

Artikel Lain