Umno Buka Kaunter Pemilih, Ahli Pada Program Juara Rakyat - Semasa | mStar

Umno Buka Kaunter Pemilih, Ahli Pada Program Juara Rakyat

KUALA LIPIS: Umno akan membuka kaunter daftar pemilih dan keanggotaan Umno pada setiap siri program Juara rakyat di seluruh negara dalam usaha menambah lagi keanggotaannya selain memastikan mereka dapat mengundi pada pilihan raya umum akan datang.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, ketika ini terdapat lebih 4.38 juta yang layak mendaftar tetapi masih belum berbuat demikian, dengan 2.85 juta atau 65 peratus adalah Bumiputera.

"Usaha kita ini adalah bagi membolehkan lebih ramai mereka yang belum lagi mendaftar keanggotaan dan pemilih dapat mendaftar segera, dan dapat menunaikan hak mereka sebagai pengundi.

"Antara faktor yang menyebabkan kegagalan mendaftar sebagai pemilih ialah kurangnya kesedaran dan tanggungjawab terhadap kepentingan untuk menjadi pengundi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Taklimat dan Penerangan Pendaftaran Pemilih, Pengundi Baru dan Pemutihan Keanggotaan Umno anjuran Biro Daftar Keahlian Umno Pahang di Sungai Koyan, dekat sini, hari ini.

Selain itu, Ahmad berkata, Umno juga akan memperhebatkan lagi program Juara Rakyat ke semua 191 bahagian Umno di seluruh negara dengan setiap Anggota Majlis Tertinggi (MT) akan menjadikan lima bahagian sebagai "bahagian angkat".

"Lima bahagian yang dipilih itu adalah daripada lima negeri yang berbeza, tiga daripadanya kawasan yang dimenangi Barisan Nasional, dua lagi bahagian yang tewas, perkara ini diputuskan pada mesyuarat Majlis Tertinggi pada 4 Disember lepas," katanya. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

default image

Malaysia Bukan Sarang Pengganas - PM

default image

Pereka Grafik Didakwa Hina Sultan Johor

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

Artikel Lain