269 Majikan Pekerja Asing Didakwa Antara 2007 dan 2009 - Semasa | mStar

269 Majikan Pekerja Asing Didakwa Antara 2007 dan 2009

PUTRAJAYA: Seramai 269 majikan dihadapkan ke mahkamah terhadap kesalahan yang berkaitan dengan pengambilan pekerja asing di bawah Akta Imigresen 1959/63 antara tahun 2007 dan 2009.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam satu kenyataan hari ini berkata 61 daripada mereka didakwa pada tahun 2007, manakala 64 pada tahun 2008, dan tahun lepas 144 orang.

Beliau berkata Kementerian Dalam Negeri akan memberi taklimat mengenai segala permasalahan serta isu yang berkaitan dengan pekerja asing dalam negara kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Selasa ini.

Katanya taklimat itu diadakan selaras dengan penubuhan Jawatankuasa Induk Penambahbaikan Pengurusan dan Pemantauan Warga Asing yang dipengerusikan oleh beliau sendiri.

"Taklimat ini berhubung cadangan gerak kerja membendung isu warga asing, sejajar dengan keputusan mesyuarat pasca kabinet kementerian yang menetapkan usaha membendung permasalahan ini sebagai antara agenda utama untuk 2010," menurutnya dalam kenyataan itu. Hishammuddin berkata usaha penambahbaikan yang ingin dilaksanakan tidak seharusnya hanya menjurus kepada aspek penguatkuasaan tanpa melihat kepada aspek membentuk mekanisme saringan awal yang komprehensif sebagai sebahagian daripada syarat prosedur kemasukan.

Beliau berkata Kementerian Dalam Negeri sudah mengenal pasti beberapa isu berkaitan perkara itu dan akan menggariskan beberapa aspek tertentu untuk diberi perhatian bagi membolehkan ia dibentangkan dalam taklimat kepada Muhyiddin nanti.

Menurutnya pengurusan dan pemantauan pekerja asing di peringkat kerajaan melibatkan pelbagai kementerian dan agensi seperti Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Pelancongan dan lain-lain lagi.

"Penyelarasan dan usaha bersepadu dalam membendung isu-isu berkaitan perkara ini akan dilaksanakan melalui Jawatankuasa Kabinet Berhubung Pendatang Asing Tanpa Izin dan Pekerja Asing yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri sendiri," katanya.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain