suria

Pemuda Komponen BN Perjelas Isu Kalimah Allah

KUALA LUMPUR: Semua sayap pemuda parti komponen diminta memberi penerangan kepada rakyat khususnya golongan belia di Sabah dan Sarawak mengenai isu kalimah Allah agar ia tidak dieksploitasi oleh mana-mana pihak bagi menimbulkan ketegangan.

"Saya telah arahkan supaya Pemuda BN terus membuat penjelasan untuk memastikan rakyat di Sabah dan Sarawak terutamanya, terus menerima berita tersebut dengan rasional dan matang dengan semangat 1Malaysia," kata Ketua Pemuda Barisan Nasional, Khairy Jamaluddin kepada pemberita selepas dikunjungi sembilan anggota Pemuda Parti Liberal Demokratik (LDP) di sini hari ini.

Katanya walaupun isu itu mendapat liputan di Sabah dan Sarawak, rakyat di sana tetap tenang menghadapinya. Khairy, yang juga Ketua Pemuda Umno, berkata pergerakan itu mempunyai hubungan yang baik dengan parti komponen lain kerana wujud persefahaman dalam kalangan anggotanya.

"Kita nak pastikan Pemuda BN jadi contoh kepada generasi muda yang saya rasa sudah agak muak dengan politiking yang tiada noktah langsung dalam beberapa parti komponen," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

YWP Bantu 161 Pelajar Miskin

Artikel Lain