suria

Kastam Kelantan Rampas Rokok Dengan Nilai Cukai RM4.1 Juta

KOTA BAHARU: Kastam Diraja Malaysia Kelantan mencatatkan nilai rampasan rokok berjumlah RM572,734 membabitkan cukai berjumlah RM4.1 juta bagi tempoh Januari sehingga November tahun ini.

Pengarah Kastam Negeri, Salleh Mohamed berkata kesemua nilai rampasan terbabit melibatkan pelbagai jenis jenama rokok kretek dan rokok putih.

Beliau memberitahu pemberita di sini hari ini, nilai rokok kretek yang terlibat ialah sebanyak RM326,594 manakala selebihnya rokok putih pula.

Beliau berkata dalam rampasan terbesar pada 18 Dis oleh sepasukan penguatkuasa Kastam Rantau Panjang di sebuah rumah di kampung Lak Lok Dalam, Jertih Terengganu, pihaknya berjaya merampas sebanyak 6,638 karton rokok putih dan rokok kretek pelbagai jenama.

Beliau berkata, kedua-duanya membabitkan nilai rokok sebanyak RM126,184.00 dengan nilai cukai berjumlah RM915,165.30.

Beliau meminta orang ramai menyalurkan maklumat mengenai sebarang aktiviti penyeludupan dengan menghubungi pejabat Kastam berhampiran iaitu di Kota Baharu 09-7439252, Rantau Panjang 09-7950507, Pengkalan Kubur 09-7211418. BERNAMA

Artikel Lain