JAIS Fail Rayuan Bawa Kes Dr Asri Ke Mahkamah Tinggi Khamis Ini - Semasa | mStar

JAIS Fail Rayuan Bawa Kes Dr Asri Ke Mahkamah Tinggi Khamis Ini

PETALING JAYA: Peguam Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Kamar Ainiah Kamaruzzaman mengesahkan semakan semula permohonan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk membicarakan kes Dr. Asri di mahkamah tinggi akan didengar pada khamis ini.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata pihaknya akan mengemukakan bantahan bagi permohonan berkenaan.

"Khamis ini kami akan usulkan bantahan permohonan membawa kes ini ke Mahkamah Tinggi," katanya kepada mStar Online.

Beliau turut menjelaskan Mohd Asri sudah mengetahui perkara ini dan bersedia menghadapi tuntutan itu.

Namun beliau enggan mengulas lanjut strategi yang bakal digunakan bagi menentang permohonan itu.

"Kita tunggu saja pada hari berkenaan," katanya ringkas.

Namun ketika ditanya mengenai motif pihak JAIS ingin membawa kes ini ke Mahkamah Tinggi, Kamar Arniah berkata beliau sendiri tidak faham mengenainya.

"Saya kesal kerana seolah-olah hakim Mahkamah Rendah Syariah tidak layak untuk membicarakan kes ini," katanya.

Kamar Arniah juga tidak menolak kemungkinan wujudnya agenda pihak tertentu untuk membawa kes ini ke Mahkamah Tinggi kerana populariti Mohd Asri sebagai bekas Mufti Perlis.

Pada 1 November lalu, Mohd Asri telah ditahan oleh pihak JAIS di Taman Sri Ukay Ampang atas tuduhan mengajar agama tanpa tauliah daripada JAIS.

Beliau dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di bawah seksyen 119(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 pada 18 November lalu.

Walaubagaimanapun Mohd Asri tidak mengaku bersalah atas tuduhan tersebut dan kes akan dibicarakan pada 5 Januari depan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

JAIS Mungkin Ego - Dr Asri

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain