Polis Rampas 81 Unit Mesin Judi Bernilai RM243,000 - Semasa | mStar

Polis Rampas 81 Unit Mesin Judi Bernilai RM243,000

PETALING JAYA: Polis menahan 17 orang dan merampas 81 unit mesin judi berkomputer dari tiga premis kafe siber yang diperiksa dalam satu operasi di Plaza Seri Setia, Sungai Way, di sini hari ini.

Menurut sumber polis, mereka yang ditahan terdiri daripada 14 orang yang sedang leka berjudi di tiga premis tersebut, serta tiga orang 'penjaga' premis itu.

Beliau berkata 15 anggota polis terbabit dalam operasi yang bermula pada kira-kira pukul 3 petang itu, dan semua yang ditahan berumur antara 20 dan 50 tahun.

Katanya kejayaan itu adalah hasil intipan dan risikan polis selepas mendapat maklumat daripada orang ramai yang curiga dengan premis di kompleks berkenaan.

Menurutnya, sebuah mesin dianggarkan bernilai RM3,000 dan anggaran nilai rampasan daripada serbuan hari ini adalah sebanyak RM243,000.

Katanya, polis sedang mengesan pemilik premispremis perniagaan itu untuk diambil tindakan.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 4 (B)(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM100,000 bagi setiap mesin judi yang dirampas atau penjara tidak melebihi lima tahun. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Restoran Diletupkan Dengan IED

Artikel Berkaitan

Artikel Lain