Sasaran Kematian Akibat Kemalangan Jalan Raya Kurang 50 Peratus - Semasa | mStar

Sasaran Kematian Akibat Kemalangan Jalan Raya Kurang 50 Peratus

SEREMBAN: Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2006-2010 mensasarkan pengurangan 50 peratus kematian akibat kemalangan jalan raya menjelang tahun 2010, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat.

Beliau berkata pelan itu juga mengariskan sembilan strategi dan 52 program yang boleh dilaksanakan oleh pelbagai agensi sebagai 'stakeholder' bagi menjayakan agenda keselamatan jalan raya kebangsaan.

Menurutnya dengan perancangan yang lebih sistematik dan lebih fokus serta sokongan Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) dan rakan kongsi, jumlah kes-kes kecederaan akibat kemalangan jalan raya dapat dikurangkan 40.3 peratus dalam tempoh lima tahun penubuhan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR).

"Daripada 54,091 kes pada tahun 2004, jumlahnya dikurangkan kepada 32,000 kes pada tahun 2008," menurut beliau dalam ucapannya semasa merasmikan mesyuarat agung tahunan MKJR Malaysia kali ke-50 di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Kementerian Pengangkutan Datuk Yap Kim Sian.

Sementara itu Ketua Pengarah JKJR Datuk Suret Singh berkata tahap penggunaan tali pinggang keledar belakang penumpang kereta didapati meningkat kepada 48 peratus sejak peraturan itu mula dikuatkuasakan 1 Januari lepas.

Seramai 250 peserta menghadiri seminar tiga hari itu dengan enam kertas kerja dibentangkan berkaitan isu semasa dan hala tuju keselamatan jalan raya dalam negara. BERNAMA

Artikel Sebelum

Restoran Rosak Akibat Letupan

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain