Bekas Peninju Terengganu Ditemui Mati Dalam Kereta - Semasa | mStar

Bekas Peninju Terengganu Ditemui Mati Dalam Kereta

BESUT: Mayat seorang lelaki yang juga bekas peninju Persatuan Tinju Amatur Terengganu (PTAT) ditemui di dalam sebuah kereta di tepi jalan utama Jertih-Kota Baharu dekat Kampung Padang Landak di sini, kira-kira pukul 8 malam semalam.

Salleh Awang, 46, berasal dari Kampung Simpang Tiga Che Mohid, Guntung Dalam, Setiu pernah mewakili Terengganu dalam beberapa kejohanan tinju kebangsaan anjuran Persatuan Tinju Amatur Malaysia (PTAM), kini bekerja sendiri dengan membawa kereta sewa di bandar Jertih.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata Salleh dilihat memberhentikan keretanya oleh orang ramai di kawasan itu kira-kira pukul 5 petang semalam.

Menurutnya pada masa itu, orang yang lalu lalang di situ tidak mengesyaki apaapa kerana menyangka beliau hanya tidur dan berhenti berehat.

"Bagaimanapun, seorang penduduk yang melintasi keretanya kira-kira pukul 7 petang mula mengesyaki sesuatu apabila melihat mangsa terbaring di dalam keretanya tanpa bergerak lalu melaporkan kepada polis," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Pemeriksaan awal polis mendapati mangsa telah meninggal dunia beberapa jam sebelum itu, dipercayai kerana sesak nafas dan masalah jantung.

Mayat Salleh kemudiannya dihantar ke Hospital Daerah Besut untuk bedah siasat kira-kira pukul 10 malam.

Sementara itu, Naib Presiden PTAT, Kamarulzaman Ideris yang dihubungi berkata Salleh merupakan peninju harapan persatuannya pada tahun 1990-an dan pernah memenangi pingat emas dalam kejohanan yang disertainya.

Kamarulzaman berkata allahyarham merupakan peninju tidak mudah mengalah dan digeruni pihak lawan kerana mempunyai tenaga dan tumbukan padu untuk kategori 55 kilogram. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain