suria

APMM Tawau Berjaya Tumpas Cubaan Seludup 560 Katon Rokok

TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) cawangan Tawau berjaya menumpaskan cubaan menyeludup 560 katon rokok selepas menahan sebuah bot laju di sekitar sini petang semalam.

Pengarah Operasi Maritim Tawau Amran Daud berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 1.30 petang apabila "Bot Kilat 25" APMM mengesan sebuah bot laju dari arah Sungai Nyamuk, Indonesia yang dilihat menuju arah Km 6.4 Jalan Apas.

"Menyedari kehadiran anggota APMM, pemandu bot laju itu terus memecut, dan semasa dikejar bot laju itu hilang kawalan menyebabkan ia terbalik bersama muatannya," katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata setelah diperiksa, anggota APMM menemui 480 Karton Rokok berjemana Surya Gudang Garam dan 80 karton rokok berjenama LA yang dianggarkan bernilai RM16,800 tidak termasuk cukai di dalam bot berkenaan.

Amran berkata seorang lelaki rakyat asing berusia 48 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes itu.

Turut dirampas ialah bot dan enjin 200 kuasa kuda.

Artikel Lain