suria

Keputusan UPSR Di Sekurang-kurangnya Dua Sekolah Di Tawau Ditahan

TAWAU: Keputusan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi sekurang-kurangnya dua buah sekolah rendah di sini dikatakan ditahan oleh Kementerian Pelajaran kerana didakwa berlaku kebocoran kertas soalan.

Bagaimanapun sebab sebenar keputusan peperiksaan berkenaan ditahan tidak dapat dipastikan kerana semua pegawai pelajaran yang dihubungi enggan mengulas.

Pegawai Pelajaran di Kota Kinabalu yang dihubungi cuma memaklumkan bahawa perkara itu masih disiasat namun enggan mengulas lanjut.

Sumber itu juga berkata beliau banyak menerima panggilan telefon daripada ibu bapa pelajar terbabit namun hanya mampu menasihatkan mereka supaya bertenang kerana perkara itu sedang diselesaikan pihak Kementerian Pelajaran di Putrajaya.

Keputusan UPSR seluruh negara diumumkan semalam yang menyaksikan 48,171 calon memperoleh gred A atau cemerlang bagi semua mata pelajaran tahun ini berbanding 46,641 calon tahun lepas, iaitu meningkat 0.32 peratus. BERNAMA

Artikel Lain