Ah Long Guna Web Sosial Ugut Mangsa - Semasa | mStar

Ah Long Guna Web Sosial Ugut Mangsa

KUALA LUMPUR: Ah Long kini menggunakan laman web sosial percuma yang popular iaitu facebook untuk mengugut dan memalukan peminjam yang gagal menjelas hutang.

Ketua Jabatan Aduan dan Khidmat Awam MCA Datuk Michael Chong berkata cara itu diguna bagi menakutkan mangsa dengan menyiarkan identiti mangsa seperti gambar, maklumat peribadi dan jumlah hutang yang tidak dijelaskan.

"Sebelum ini, mereka (Ah Long) menggunakan cat dan poster tetapi kini mereka meletakkan maklumat mengenai peminjam di dalam laman web sosial mereka sendiri," katanya kepada pemberita di ibu pejabatnya di Wisma MCA, Jalan Ampang di sini, hari ini.

Dalam kes terbaru ini, seorang pekerja kedai aksesori kereta diugut supaya menjelaskan bayaran menerusi laman web berkenaan.

Beliau berkata Ah Long turut meletakkan gambar dan memberi amaran supaya menjelaskan bayaran.

Mangsa yang berumur 25 tahun dan berasal dari Batu 9, Cheras itu meminjam RM1,000 September lepas tetapi dipaksa menjelaskan bunga tambahan sebanyak RM80,000.

Bimbang akan ugutan yang semakin banyak diterima dan menjadijadi, satu laporan polis dibuat peminjam itu Jumaat lepas (13 November) di Balai Polis Daerah Kajang. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Anggota Polis Ditahan Berhubung Seks Sumbang

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.