suria

22 Mangsa Banjir Di Perak Berada di Empat Pusat Pemindahan

IPOH:Seramai 522 mangsa banjir membabitkan dua buah daerah di Perak masih berada di empat pusat pemindahan sehingga 7 petang ini.

Daerah Kerian masih kekal 450 orang yang berada di tiga pusat pemindahan manakala 72 mangsa banjir di daerah Larut Matang dan Selama masih berada di sebuah pusat pemindahan.

Ketua Polis Daerah Kerian Supt Mat Fauzi Nayan berkata walaupun keadaan hujan masih berlarutan tetapi belum ada mangsa baru dipindahkan setakat ini.

Mereka yang dipindahkan terdiri 116 keluarga dari Kampung Changkat Lobak, Kampung Selekoh, Kampung Beriah, Parit Simpang Empat dan Parit Simpang Lima serta Kampung Matang Tengah, katanya ketika dihubungi hari ini.

Mat Fauzi berkata mereka dipindahkan sejak 8 pagi tadi berikutan air dari kolam Bukit Merah dan empangan melimpah akibat hujan lebat sejak empat hari lepas menyebabkan kampung berkenaan ditenggelami air sedalam lebih satu meter.

Jalan Alor PongsuSelama di Km 13 hingga 17 masih ditutup kepada semua kenderaan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain