suria

Anwar Dilantik Sebagai Penasihat Ekonomi Kerajaan Selangor

SHAH ALAM: Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai penasihat ekonomi kepada kerajaan negeri Selangor berkuatkuasa serta-merta, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam.

Berucap menggulung perbahasan Bajet 2010 Kerajaan Selangor semalam, Khalid berkata pelantikan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, dengan bayaran elaun tetap sebanyak RM1 sebulan, akan membantu menjana pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan pelaburan di Selangor.

"Pelantikan ini dibuat atas kapasiti Datuk Seri (Anwar), yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang ekonomi, kewangan dan pentadbiran kerajaan.

"Saya percaya beliau (Anwar) akan dapat membantu saya dan kerajaan negeri menguruskan agenda pembangunan demi kesejahteraan rakyat di Selangor, dan kelayakan beliau tidak boleh dipersoalkan," katanya.

Anwar, yang juga Ketua Pembangkang, pernah memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bank Dunia dan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk dua penggal. BERNAMA

Artikel Sebelum

Tak Boleh Tok Guru...Tak Boleh!

Artikel Berikut

Artikel Lain