Wang Ihsan Petroleum Dicadang Dibahagi Dua - Semasa | mStar

Wang Ihsan Petroleum Dicadang Dibahagi Dua

KUALA LUMPUR: Seorang anggota Parlimen hari ini mencadangkan agar wang ihsan petroleum yang akan diberikan kepada Kelantan mulai tahun depan dibahagi dua iaitu 50 peratus kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dan selebihnya kepada kerajaan negeri.

Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) berkata ia bagi memastikan wang ihsan itu diberikan dengan adil serta dapat mengelakkan perasaan tidak puas hati manamana pihak.

"Berapa jumlah wang ihsan ini? Kalau RM200 juta, RM100 juta pergi ke JPP dan RM100 juta lagi beri kepada kerajaan negeri dan pembahagiannya janganlah bertindih.

"Kalau JPP, tumpu pada program basmi kemiskinan dengan buat rumah rakyat, beri bantuan pendidikan. Kerajaan negeri pula boleh gunakan untuk pembangunan prasarana seperti baiki jalan raya," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 di peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Ibrahim berkata program pembasmian kemiskinan dan pembangunan prasarana itu boleh dilaksanakan menggunakan wang daripada tabung wang ihsan melalui kerajaan negeri dan dipantau oleh kerajaan persekutuan.

"Jadi adil...masing-masing ada peranan, kalau tidak ini tidak puas hati, itu tidak puas hati, semua politik, yang menderita akhirnya orang kampung," katanya yang berharap agar kerajaan mempercepatkan proses pemberian itu untuk kegunaan rakyat di Kelantan.

Mengenai hukuman sebat terhadap model Kartika Sari Dewi Shukarno yang masih tertangguh, Ibrahim mencadangkan agar Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia menyediakan garis panduan mengenai kaedah sebatan yang betul mengikut undangundang syariah bagi mengelakkan timbul pelbagai perdebatan mengenai kaedah sebatan itu. Ibrahim turut mencadangkan agar kerajaan melantik seorang Mufti Negara bagi mengendali dan menyelaraskan halhal berkaitan agama Islam.

"Setiap negeri ada mufti tetapi kenapa tiada mufti negara kerana banyak isu yang membabitkan soal Islam yang perlu ditangani dengan betul," katanya.

Beliau berkata Mufti Negara ini juga boleh menghadiri mesyuarat Majlis RajaRaja bagi memberi pandangan dan pendapat kepada RajaRaja Melayu yang merupakan ketua agama di negeri masing-masing.

Persidangan dewan disambung esok. BERNAMA

Artikel Sebelum

Timbalan Menteri Angkat Sumpah Senator

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain