Warga Indonesia Sebabkan Kematian Rakan Dipenjara 13 Tahun - Semasa | mStar

Warga Indonesia Sebabkan Kematian Rakan Dipenjara 13 Tahun

KUALA LUMPUR: Seorang pemotong daging warga Indonesia dihukum penjara 13 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini kerana menyebabkan kematian rakan senegaranya dari Sumatera Utara selepas mereka bertikam lidah, tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Ghazali Cha memerintahkan Shahrul Efendi, 30, menjalani hukuman bermula tarikh tangkap pada 3 Disember, 2006, selepas dia mengaku bersalah ke atas tuduhan pilihan menyebabkan kematian buruh pasar, Adi Syaputra, 31.

Shahrul dituduh melakukan kesalahan itu di rumah No.28, Jalan Raja Alang, Kampung Baru di sini, kira-kira 9 malam, 3 Disember 2006.

Mengikut fakta kes, kedua-dua mereka yang bekerja di Pasar Chow Kit telah bertikam lidah ketika sedang minum di sebuah warung tetapi dileraikan oleh rakan-rakan senegaranya.

Sepuluh minit kemudian, Shahrul dikatakan telah mengekori mangsa ke satu lorong berhampiran sebelum kembali dengan sebilah pisau yang berlumuran darah serta kesan darah di bajunya.

Adi yang ditikam sekali di bahagian dada telah dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur dan meninggal dunia beberapa jam selepas itu.

Shahrul ditahan polis pada hari yang sama berhampiran dengan tempat kejadian.

Terdahulu, peguam Rozal Azimin Ahmad yang mewakili Shahrul memberitahu mahkamah tertuduh tidak berniat untuk mencederakan Adi tetapi ia lebih berpunca daripada perasaan marah setelah dia diserang Adi dengan sebiji gelas dan menerima lima jahitan di kepalanya.

Timbalan Pendakwa Raya Naziah Mokhtar berhujah bahawa mahkamah harus menjatuhkan hukuman berat kerana tertuduh bukan sahaja memasuki negara ini secara haram tetapi telah melakukan satu kesalahan yang serius. BERNAMA

Artikel Sebelum

Warga Bangladesh Dipenjara Kerana Mencabul OKU

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain