Mayat mangsa terakhir jambatan runtuh di Sg Kampar ditemui - Semasa | mStar

Mayat mangsa terakhir jambatan runtuh di Sg Kampar ditemui

KAMPAR: Mayat mangsa ketiga dan terakhir yang dihanyutkan arus deras apabila jambatan gantung yang digunakan untuk menyeberang Sungai Kampar di sini runtuh Isnin lalu ditemui hari ini.

Ketua Polis Daerah Kampar Supt Aziz Yusof berkata mayat Diryasree a/p Vasudevan, 12, pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Gopeng ditemui pada pukul 10.45 pagi tadi berhampiran Tronoh Mine, Sungai Kinta, 25 km dari tempat kejadian.

Mayat mangsa yang ditemui terapung oleh pasukan penyelamat telah dibawa ke Hospital Kampar untuk bedah siasat, katanya di sini hari ini. BERNAMA

BERITA TERDAHULU

KAMPAR: Mayat seorang lagi murid perempuan yang dihanyutkan arus deras apabila jambatan gantung yang digunakan untuk menyeberang Sungai Kampar di sini runtuh Isnin lalu, ditemui malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kampar Supt Aziz Yusof berkata mayat Davadharshini a/p Maheswaran, 11, dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Mambang Diawan ditemui terapung pada pukul 11.30 malam tadi berhampiran Jambatan Mat Selangor, Tanjung Tualang, 15 km dari tempat kejadian.

Mayatnya yang ditemui oleh anggota RELA telah dibawa ke Hospital Kampar untuk bedah siasat, katanya kepada pemberita hari ini.

Aziz berkata keluarga mangsa telah diberitahu berhubung penemuan mayat tersebut dan mayat mangsa akan dituntut oleh keluarganya hari ini untuk dikebumikan.

Operasi mencari seorang lagi mangsa, Diryasree a/p Vasudevan, 12, dari Sekolah Rendah Kebangsaan Tamil (SJKT) Gopeng masih diteruskan membabitkan lebih 200 anggota penyelamat, katanya.

Sebelum ini mayat mangsa pertama Dina Dewe a/p Nathan, 11, ditemui pada pukul 8.40 pagi Selasa lalu berhampiran loji di sungai itu kira kira empat kilometer dari tempat dia terjatuh.

Tiga mangsa tersebut adalah antara 22 murid yang dihanyutkan arus deras apabila jambatan gantung yang digunakan untuk menyeberang Sungai Kampar runtuh pada malam Isnin lalu.

Bagaimanapun 19 mangsa berjaya diselamatkan oleh guru dan pengawal sekolah terbabit. BERNAMA

Artikel Sebelum

Masa untuk MCA bertindak - Ong

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain