Jamil Khir tidak mahu umat Islam taksub dengan sejadah berdiri - Semasa | mStar

Jamil Khir tidak mahu umat Islam taksub dengan sejadah berdiri

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom tidak mahu isu sejadah berdiri yang hakikat kebenarannya masih tidak dapat dibuktikan sehingga kini tidak diperbesar-besarkan oleh masyarakat Islam.

Malah beliau berharap perkara-perkara yang berkaitan dengan khurafat yang boleh memesongkan akidah seseorang tidak dijadikan alat untuk menyedarkan masyarakat.

"Cerita itu merupakan cerita yang ada persoalan besar untuk ditanya kebenarannya, sejadah berdiri di sekolah, di Pasir Mas dan sebagainya, kejadian itu tak dibuktikan bagaimana ia berlaku, gambar pun tak diambil, orang pun tak nampak cuma alih-alih sejadah sudah berdiri...ia tak perlu diperbesarkan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Menuju ke Makkah: Catatan Perjalanan Sepanjang Zaman di Muzium Kesenian Islam Malaysia di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kejadian sejadah berdiri yang berlaku di beberapa kawasan di Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang baru-baru ini yang menggemparkan negara.

"Saya tak hairan pun ada sejadah berdiri, yang saya heran dan pelik apabila ada sejadah tapi tak ada orang berdiri sembahyang, kita kesal...nak menyedarkan masyarakat kita kena bawa hal yang pelik-pelik," katanya.

Menurut beliau lagi, tindakan boleh diambil jika terbukti ada pihak yang tidak bertanggungjawab mencetuskan kejadian itu dengan niat untuk mencipta kekalutan dan mengganggu pemikiran masyarakat di negara ini.

Pameran itu yang bermula hari ini dan berakhir 22 Jan tahun depan adalah pameran yang menghimpunkan pelbagai kisah menarik dan pengalaman jemaah haji dari seluruh dunia sejak 1,400 tahun lepas.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain