suria

Bajet 2010: Peruntukan lebih RM30 bilion untuk pendidikan

KUALA LUMPUR: Peruntukan lebih RM30 bilion untuk pendidikan rendah dan menengah, antaranya, untuk bantuan pelajar dan biasiswa, pembinaan 80 buah sekolah baru sekolah kebangsaan rendah dan menengah, sekolah agama bantuan kerajaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil serta sekolah mubaligh.

Peruntukan RM1.1 billion untuk mengubahsuai dan naik taraf sekolah di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak.

Perkara tersebut diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2010 di Parlimen di sini, hari ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain