suria

Lebih 90% syor Jabatan Audit Negara perbaiki kelemahan diambil tindakan oleh kementerian dan jabatan kerajaan - Tan Sri Ambrin Buang

PUTRAJAYA: Ketua Audit Negara, Tan Sri Dato' Setia Haji Ambrin Buang berkata, bagi membantu Kementerian/Jabatan/Syarikat Kerajaan memperbetulkan kelemahan-kelemahan yang telah dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun 2006 dan 2007, sejumlah 574 syor telah dikemukakan oleh Jabatan Audit Negara untuk tujuan tersebut.

Beliau berkata, pemeriksaan susulan yang telah dijalankan mendapati setakat 1 April 2009, Kementerian/Jabatan/Syarikat Kerajaan telah mengambil tindakan susulan terhadap 201 (93.9%) daripada 214 syor bagi tahun 2006 dan 338 (93.9%) daripada 360 syor bagi tahun 2007.

“Pada umumnya, Jabatan Audit Negara berpuashati dengan tindakan yang telah diambil oleh pihak-pihak yang berkenaan itu,” katanya dalam buku Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun 2009.

Bagi 35 syor yang lain pula, katanya, Kementerian/Jabatan/Syarikat Kerajaan yang berkenaan sedang/belum mengambil tindakan susulan.

Sehubungan dengan itu, Kementerian/Jabatan/Syarikat Kerajaan yang terlibat adalah digesa untuk mengambil tindakan segera/susulan bagi memperbetulkan kelemahan yang dibangkitkan dengan melaksanakan syor-syor yang telah diberi oleh pihak Audit, tegas Ambrin.

Artikel Berikut

Artikel Lain