suria

Calon UPSR yang sakit ambil peperiksaan pada tarikh sama

KUALA LUMPUR: Calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang tidak sihat dan perlu dimasukkan ke hospital boleh menduduki peperiksaan pada tarikh yang sama dengan pengawasan khas, kata Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong semamlam.

"Kelmarin, saya tidak mengeluarkan kenyataan bahawa pelajar yang tidak sihat dan perlu dimasukkan ke hospital akan dibenar menduduki peperiksaan pada tarikh lain di bawah pengawasan khas," katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Kira-kira 500,000 murid yang akan menduduki UPSR minggu depan wajib menjalani ujian suhu badan sebelum menduduki peperiksaan itu sebagai langkah mengelak penularan wabak Influenza A (H1N1).

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat kementerian dan mereka yang mempunyai suhu badan melebihi 37.5 darjah Celcius hanya dibenar mengambil peperiksaan di tempat berasingan yang akan diatur pihak sekolah. BERNAMA

Artikel Lain