suria

Amaran tsunami di utara Semenanjung ditarik balik

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi menarik balik amaran tsunami bagi negeri-negeri di utara Semenanjung yang dikeluarkan awal pagi ini ekoran gempa bumi kuat, dikesan di Kepulauan Andaman.

Menurut kenyataan jabatan itu, amaran tsunami yang dikeluarkan bagi penduduk di Perlis, Pulau Pinang dan Kedah termasuk Pulau Langkawi pada pukul 4.45 pagi ditarik balik pada 6.20 pagi memandangkan tiada tsunami diperhatikan berlaku susulan daripada kejadian gempa itu.

Amaran tsunami itu dikeluarkan ekoran gempa bumi kuat berukuran 7.7 pada skala Richter dikesan berlaku di Kepulauan Andaman pada pukul 3.33 pagi dan penduduk di ketiga-tiga negeri berkenaan dinasihati supaya tidak berada di kawasan pantai. Gempa itu berpusat di 101 km dari timur laut Andaman dan 1,151 km dari barat laut Langkawi. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain