suria

Terowong motosikal dekat Jalan Pantai Baru ditutup Isnin ini

KUALA LUMPUR: Terowong motosikal dekat Jalan Pantai Baru dari Petaling Jaya ke Kuala Lumpur akan ditutup pada Isnin ini.

Ketua Jabatan Komunikasi Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (Litrak), Bhavani Krishna Iyer berkata jalan itu ditutup bagi membolehkan kontraktor pihak ketiga, ERINCO Sdn Bhd menjalankan kerja-kerja pembaikan paip pembetungan yang dijangka siap pada 30 Nov ini.

Semasa tempoh penutupan itu, laluan motosikal akan dilencongkan ke Lebuhraya Persekutuan, katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Pengurusan trafik sementara akan dilakanakan semasa penutupan itu dan papan tanda akan dipasang bagi memberi panduan kepada pengguna jalan mengenai laluan alternatif tersebut.

Sebarang pertanyaan hubungi Talian Bantuan LDP 0374947333, katanya. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain