suria

Bilik darjah sekolah rendah agama hangus terbakar

KUALA LUMPUR: Tiga kelas Sekolah Rendah Agama Kem Wardieburn di Setapak, dekat sini hangus terbakar malam tadi, dipercayai akibat litar pintas.

Kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu berlaku pada tingkat teratas blok bangunan sekolah tiga tingkat itu, kata Pengarah Penguatkuasa Bomba Kuala Lumpur Azizan Ismail ketika ditemui pemberita di tempat kejadian, di sini.

Katanya empat jentera dua dari balai bomba Hang Tuah dan masingmasing satu dari balai Setapak dan Wangsa Maju dengan kekuatan 24 anggota dikejarkan ke tempat kejadian selepas panggilan kecemasan diterima.

Kebakaran dapat dikawal sepenuhnya pada pukul 10.55 malam.

Tiada kemalangan jiwa memandangkan kebakaran berlaku pada waktu persekolahan. Bagaimanapun Azizan berkata pihaknya masih menyiasat punca kebakaran.

Bagaimanapun Azizan berkata pihaknya masih menyiasat punca kebakaran. BERNAMA

Artikel Lain