suria

Kualiti udara di seluruh negara masih baik

KUALA LUMPUR: Kualiti udara di seluruh negara masih baik dan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kebanyakan kawasan juga berada di tahap baik.

Bacaan IPU yang disiarkan dalam laman web Jabatan Alam Sekitar sehingga pukul 11 pagi ini, menunjukkan 29 kawasan berada di tahap baik manakala 22 kawasan menunjukkan bacaan sederhana.

Bacaan terakhir pukul 5 petang semalam mencatatkan 31 kawasan di tahap baik dan 20 kawasan pada bacaan sederhana.

Antara kawasan yang menunjukkan bacaan sederhana hari ini ialah Pasir Gudang (86), Bandaraya Melaka (52), Miri (53), Pelabuhan Klang (65), Shah Alam (56), Petaling Jaya (55), Kuala Terengganu (63) dan Putrajaya (52) serta Cheras (56).

Klasifikasi bacaan IPU ialah 050 (baik), 51100 (sederhana), 101200 (tidak sihat), 201300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya). BERNAMA

Artikel Lain